Click here for Myspace Layouts

Saturday, February 4, 2012

Friday, February 3, 2012



MARI MENGENAL NAJIS DAN BAHAGIANNYA



























   Mari membaca11111

BERSUCI (TAYAMMUM)

    Apa makna tayammum?

   Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke     muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud);

   “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).

   Bila diharuskan tayammum?

    Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm;

1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk.

2. Kerana tidak mampu menggunakan air



PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT.
  1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
  2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
  3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
  4. Terbuka auratnya
  5. Makan minum walaupun hanya sedikit
  6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
  7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
  8. Membelakangi kiblat
  9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
  10. Tertawa terbahak-bahak
  11. Mendahului imamnya.
  12.Murtad ( terkeluar dari agama islam).






PENGERTIAN SOLAT FARTHU

Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)



SYARAT-SYARAT SOLAT



S  p1.        Beragama Islam
2.      Baligh
3.     Suci dari hadas
4.      Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
5.     Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
6.     Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
7.      Menghadap kearah kiblat
   8.Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

Monday, January 30, 2012


RESEPI SENANDUNG KEJAYAAN
Bahan-bahan :
Buku secukupnya ( ikut selera masing-masing )
Sebuah ketekunan ( diparut )
Kerajinan
4 hiris keinsafan ( dimayang )
6 keping kasih sayang
Beberapa potong nasihat
Beberapa potong doa
Sedikit dendam dan hasad dengki ( dihancurkan )
Secebis malas ( digoreng dan ditumbuk halus )
Segenggam harapan
¼ cawan air mata
Semangkuk azam
Sekuntum senyum ( untuk hiasan )

Cara membuatnya :
·       Buku dipotong 5,basuh dan toskan.Gaulkan dengan azam.Biarkan seketika hingga mesra keduannya.
·       Ketekunan diperah untuk menjadikan 1 liter pasti kesungguhan dan 2 liter usaha.
·       Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama.
·       Pijarkan air mata, tumiskan keinsafan,goreng sehingga bangkit baunya yang menimbulkan kesedaran.Kemudian masukkan bahan yang telah digaul tadi.Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
·       Masukkan pula buku dan campurkan dengan usaha.Didihkan.
·       Tambah pula kerajinan, malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang sudah dilumatkan.
·       Akhirnya,masukkan keinsafan,kesungguhan, beberapa potong nasihat dan doa. Tutup dengan keimanan dan ketaqwaan.
·       Bila sudah masak ( Berjaya ), rasakan kelazatannya ( hasilnya ). Klau kurang sedap,tambah lagi ketekunan hingga secukupnnya.
·       Masak lagi hingga empuk ( pandai ). Kemudian angkat.
·       Bila sejuk,hidangkan dengan sebuah kebanggaan. Lebih cantik lagi jika ditaburkan dengan kesyukuran dan hiasilah dengan sekutum senyuman.