Click here for Myspace Layouts

Friday, February 3, 2012




   Mari membaca11111

BERSUCI (TAYAMMUM)

    Apa makna tayammum?

   Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke     muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud);

   “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).

   Bila diharuskan tayammum?

    Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm;

1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk.

2. Kerana tidak mampu menggunakan air


No comments:

Post a Comment